WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, 9 May 2012

siapa kau kepadaku

  Ku tidak boleh salahkan kamu, kerana berfikir demikian, kerana kau tidak kenal siapa diriku yang sebenar.. Aku cuba untuk menafikannya, tetapi apa yang boleh membuatku berasa begitu bersalah lagi?..
  Ku ingat ku melindungimu, dari apa yang ku lalui, tapi ku tahu kita telah tersesat sepanjang perjalanan ini..
  Ku disini dengan sepenuh hatiku, ku harap kau fahami.. Ku tahu ku telah menghampakanmu tetapi ku takkan mengulanginya lagi..
  Kau bawakan diriku kepada diriku yang sebenar.. Sambutlah tanganku ini, ku mahu satu dunia tahu siapa kau kepadaku.. siapa kau kepadaku..
  Hanya satu ku ingin kau tahu, ku benar benar memohon maaf, ku tidak berniat untuk merendahkan dirimu.. Kisah kita baru saja bermula, tetapi biarkan kenyataan memecahkan dinding ini..
  Dan setiap kali ku memikirkanmu, tentang bagaimana kau memberi semangat kepadaku untuk melaluinya, dan tunjukkanku menjadi jauh lebih baik..
  Kau membuat ku menjadi diriku, daripada menjadi diri orang lain, ku ingin menjalaninya setiap hari denganmu..
  Kau beritahu kepadaku tentang apa yang orang lain takut untuk memberitahuku, itu sungguh berani, kau tahu bagaimana untuk mendekatiku, kau tahu apa yang ku perlu, apa yang ku perlu.. hanyalah cinta yang tulus ikhlas darimu..

No comments:

Post a Comment