WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, 30 May 2012

Jangan Menilai Sesuatu Dari Segi Rupa Luaran



     Assalam'mualaikum.. Apa khabar readers? Rindu gua tak? Sorrylaa sebab sudah lama tak meng-update blog.. Aku sibuk sedikit seminggu-dua ni sebab ada kursus di luar negara.. Tu yang nak skodeng blog pun tak sempat..


     So, posting kali ini.. haa~ nampak tak tajuk kat atas tu? Peribahasa Inggeris ada mengatakan "Don't Judge A Book By It's Cover". Peribahasa ini amatlah terkenal dan digunakan secara kerap oleh orang ramai. Aku pun sangat suka berpegang kepada prinsip ini. Tetapi, ada juga segelintir yang menggunakan peribahasa ini untuk menutup kelemahan luaran mereka dan secara langsung nya ingin menyampaikan mesej yang mereka itu sebenarnya baik daripada dalam. Don't be so hypocrite.

     Ramai dikalangan masyarakat kini suka menilai sesuatu ataupun seseorang dari segi rupa luaran seperti rupa paras,bentuk badan, cara berpakaian, cara berjalan dan cara percakapan.

     Pada pendapat aku, tak semestinya seseorang yang berwajah garang itu jahat dan tak semestinya seseorang yang berwajah 'innocent' itu baik. Sebelum kita menilai diri seseorang itu, kita patut tanya dan tengok diri kita adakah kita sudah cukup sempurna? Setakat 'HOT' di dunia tak kemana tuan-tuan dan puan-puan. Kita tidak layak untuk menilai dan mengutuk seseorang individu.

     Yang pakai baju serabai, rambut messy sikit kau cakap drug addicts. Padahal kau tak tahu yang dia ada syarikat sendiri. Asal nampak makcik pakai baju kurung masuk boutique kau, kau malas nak layan, kau kata dia takde duit, kau tak tahu yang dia tu title Datin, dengan boutique kau dengan kau pun dia boleh beli, perlukah pakai cantik-cantik masuk boutique kau tu?

     Janganlah tanpa usul selidik kita terus meminggirkan seseorang itu. Kaji dulu perjalanan hidup mereka, kenali mereka, barulah kita tahu situasi yang sebenarnya. Boleh jadi juga seseorang itu berpenampilan biasa-biasa sahaja kerana dia seorang yang mengamalkan sikap 'humble' &'very down to earth' kerana dia seorang yang mewah tetapi tidak mahu menunjukkan kemewahan yang dimilikinya.

 

No comments:

Post a Comment