WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, 25 April 2012

Lelaki Jambu?



Apa pendapat korang kalau ada kawan mat jambu(budak lelaki comel)? Apa yang korang anggap tentang mat jambu ni? pernah tak korang hang out, lepak chill dengan mereka? cuba bagi pendapat sikit..

     Lelaki jambu adalah lelaki yang mempunyai kulit wajah yang licin, berwajah baby face, metroseksual(lelaki yang mementingkan ketrampilan, gemar berhias dan bergaya.) dan ada juga yang menganggap bahawa lelaki jambu ini romantik?

     okay, bagi admin, tak semua lelaki jambu ni gay.. Tak semestinya lelaki jambu ni lemah/lembik.. Lelaki jambu ni bukanlah jenis yang pondan.. Itu dah dikategorikan lain.. Walaupun mereka menjaga kecantikan mereka seperti wanita, itu kerana bukan dia ingin menjadi seperti wanita, tetapi mereka ingin wanita apabila melihat mereka akan berasa terpikat dan sejuk dimata yang memandang..

KENAPA LELAKI JAMBU SUKA WARNA PINK?

     Lelaki jambu dan warna pink sering dikaitkan bersama.. Kebiasaannya, pink sangat sinonim dengan perempuan.. Tapi, salahkah kalau lelaki memakai warna pink? Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dengan lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yang sering disinonimkan dengan lelaki boleh pula digunapakai dengan sewenangnya oleh kaum wanita.. Dimanakah keadilan? Haha.. Bunyi dah macam serius la pulak..

     Lelaki jambu memilih warna pink untuk menarik perhatian wanita.. Warna pink sangat menarik perhatian, dari jauh dah nampak dah betapa terangnya warna pink itu.. Tetapi, ada juga lelaki jambu yang tak suka pada warna pink ni.. Adakah?

Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang yang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin.. Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi..

      Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik.. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai 'gay'..

MAKSUD MASKULIN
     keMAS,KUaliti dan tuLIN..

      So, jangan peduli kata orang.. Buat apa yang kita suka selagi ianya tidak mendatangkan dosa..

1 comment:

  1. Ya betul tu, tapi lelaki jambu yang saya tahu rupanya cute ( Comel menawan dan tak macho dan bersadur tidak penampakan keras ).Rupa sebegitu segelintar sahaja kaum lelaki berupa sedemikian,Jambu bukannya putih tapi cerah dan indah menawan bukan manis menawan,wajah manis lain berhasil kepercayaan diri pada keimanan agama dan kesucian ibadah boleh memperlihatkan aura positif badan,itu nampak manis lain,kalau jambu bukan manis tapi ia berbentuk indah.Tambahan lagi rupa jambu menjadi wanita terpikat dan seronok bersuka dan bergila mengigatinya. Rupa Jambu itu hasil alam semesta untuk menunjukkan rupa lelaki ada yang lagi indah dari wanita. ( Dr.Loveless )

    ReplyDelete