WELCOME TO MY BLOG

Monday, 25 June 2012

Pengakuan: kehadapan ex-girlfriend



Kehadapan ex,

     Hi, rasanya dah lama kita tak bertegur. Sebenarnya, I nak minta maaf pasal dulu. Malam tu you buat I rasa serba salah, you buat I keliru. You asyik nak minta putus tapi bila I tanya you betul betul you kata you tak nak putus dengan I, you kata you sayang dekat I. I betul betul keliru.

     Masa tu I tengah sakit, I sengaja tak mahu you tahu yang I sakit. I tengah upset, dengan hal family yang tak sudah sudah berebut harta pusaka. Masa I tak jawab phone call you, tak reply message you sebab masa tu I dekat hospital.

     Lepas dua minggu terlantar kat hospital, I sembuh dan I dah boleh balik ke rumah. I active kan phone I balik dan tengok banyak message you yang kata you dah tahan dengan perangai I lagi, you nak minta clash. I cuba untuk explain kan semua tapi you tak mahu dengar. Berat hati I nak lepaskan you. I sayang dekat you sangat. I tak berniat nak buat you risau. So, pada malam yang sunyi itu, di hadapan rumah you, I clash kan you sebab I tak mahu sakitkan hati you lagi. I'm sorry, I didn't mean to make you hurt.

     Selang beberapa hari selepas kita berpisah, I dapat tahu yang you couple dengan ex-bestfriend I. So, betul lah selama ni ura-ura mengatakan yang you ada hubungan scandal dengan dia?!. I tak boleh terima. Sanggup you buat I macam ni?!

     Selepas itu, I larikan diri ke luar negara. Untuk menenangkan fikiran I. Tetapi, I tetap tak boleh lupakan you. Sehingga sekarang, I tetap tak boleh terima yang you bukan milik I lagi. I masih tidak boleh menggantikan tempat you dihati I walaupun you sudah ada pengganti diri I. tapi, apakan daya, bukan jodoh kita.

     I balik semula ke sini sebab I terima kad jemputan perkahwinan you, I nak ucapkan terima kasih lah sebab sudi jemput I. Dan I nak ucapkan tahniah, semoga hubungan you dan suami berkekalan.

     Bersambung.. :')

Wednesday, 30 May 2012

Jangan Menilai Sesuatu Dari Segi Rupa Luaran



     Assalam'mualaikum.. Apa khabar readers? Rindu gua tak? Sorrylaa sebab sudah lama tak meng-update blog.. Aku sibuk sedikit seminggu-dua ni sebab ada kursus di luar negara.. Tu yang nak skodeng blog pun tak sempat..


     So, posting kali ini.. haa~ nampak tak tajuk kat atas tu? Peribahasa Inggeris ada mengatakan "Don't Judge A Book By It's Cover". Peribahasa ini amatlah terkenal dan digunakan secara kerap oleh orang ramai. Aku pun sangat suka berpegang kepada prinsip ini. Tetapi, ada juga segelintir yang menggunakan peribahasa ini untuk menutup kelemahan luaran mereka dan secara langsung nya ingin menyampaikan mesej yang mereka itu sebenarnya baik daripada dalam. Don't be so hypocrite.

     Ramai dikalangan masyarakat kini suka menilai sesuatu ataupun seseorang dari segi rupa luaran seperti rupa paras,bentuk badan, cara berpakaian, cara berjalan dan cara percakapan.

     Pada pendapat aku, tak semestinya seseorang yang berwajah garang itu jahat dan tak semestinya seseorang yang berwajah 'innocent' itu baik. Sebelum kita menilai diri seseorang itu, kita patut tanya dan tengok diri kita adakah kita sudah cukup sempurna? Setakat 'HOT' di dunia tak kemana tuan-tuan dan puan-puan. Kita tidak layak untuk menilai dan mengutuk seseorang individu.

     Yang pakai baju serabai, rambut messy sikit kau cakap drug addicts. Padahal kau tak tahu yang dia ada syarikat sendiri. Asal nampak makcik pakai baju kurung masuk boutique kau, kau malas nak layan, kau kata dia takde duit, kau tak tahu yang dia tu title Datin, dengan boutique kau dengan kau pun dia boleh beli, perlukah pakai cantik-cantik masuk boutique kau tu?

     Janganlah tanpa usul selidik kita terus meminggirkan seseorang itu. Kaji dulu perjalanan hidup mereka, kenali mereka, barulah kita tahu situasi yang sebenarnya. Boleh jadi juga seseorang itu berpenampilan biasa-biasa sahaja kerana dia seorang yang mengamalkan sikap 'humble' &'very down to earth' kerana dia seorang yang mewah tetapi tidak mahu menunjukkan kemewahan yang dimilikinya.

 

Wednesday, 9 May 2012

siapa kau kepadaku

  Ku tidak boleh salahkan kamu, kerana berfikir demikian, kerana kau tidak kenal siapa diriku yang sebenar.. Aku cuba untuk menafikannya, tetapi apa yang boleh membuatku berasa begitu bersalah lagi?..
  Ku ingat ku melindungimu, dari apa yang ku lalui, tapi ku tahu kita telah tersesat sepanjang perjalanan ini..
  Ku disini dengan sepenuh hatiku, ku harap kau fahami.. Ku tahu ku telah menghampakanmu tetapi ku takkan mengulanginya lagi..
  Kau bawakan diriku kepada diriku yang sebenar.. Sambutlah tanganku ini, ku mahu satu dunia tahu siapa kau kepadaku.. siapa kau kepadaku..
  Hanya satu ku ingin kau tahu, ku benar benar memohon maaf, ku tidak berniat untuk merendahkan dirimu.. Kisah kita baru saja bermula, tetapi biarkan kenyataan memecahkan dinding ini..
  Dan setiap kali ku memikirkanmu, tentang bagaimana kau memberi semangat kepadaku untuk melaluinya, dan tunjukkanku menjadi jauh lebih baik..
  Kau membuat ku menjadi diriku, daripada menjadi diri orang lain, ku ingin menjalaninya setiap hari denganmu..
  Kau beritahu kepadaku tentang apa yang orang lain takut untuk memberitahuku, itu sungguh berani, kau tahu bagaimana untuk mendekatiku, kau tahu apa yang ku perlu, apa yang ku perlu.. hanyalah cinta yang tulus ikhlas darimu..

Wednesday, 25 April 2012

Lelaki Jambu?



Apa pendapat korang kalau ada kawan mat jambu(budak lelaki comel)? Apa yang korang anggap tentang mat jambu ni? pernah tak korang hang out, lepak chill dengan mereka? cuba bagi pendapat sikit..

     Lelaki jambu adalah lelaki yang mempunyai kulit wajah yang licin, berwajah baby face, metroseksual(lelaki yang mementingkan ketrampilan, gemar berhias dan bergaya.) dan ada juga yang menganggap bahawa lelaki jambu ini romantik?

     okay, bagi admin, tak semua lelaki jambu ni gay.. Tak semestinya lelaki jambu ni lemah/lembik.. Lelaki jambu ni bukanlah jenis yang pondan.. Itu dah dikategorikan lain.. Walaupun mereka menjaga kecantikan mereka seperti wanita, itu kerana bukan dia ingin menjadi seperti wanita, tetapi mereka ingin wanita apabila melihat mereka akan berasa terpikat dan sejuk dimata yang memandang..

KENAPA LELAKI JAMBU SUKA WARNA PINK?

     Lelaki jambu dan warna pink sering dikaitkan bersama.. Kebiasaannya, pink sangat sinonim dengan perempuan.. Tapi, salahkah kalau lelaki memakai warna pink? Entah kenapa pemikiran kita sering membantah jika merah jambu itu disatukan dengan lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yang sering disinonimkan dengan lelaki boleh pula digunapakai dengan sewenangnya oleh kaum wanita.. Dimanakah keadilan? Haha.. Bunyi dah macam serius la pulak..

     Lelaki jambu memilih warna pink untuk menarik perhatian wanita.. Warna pink sangat menarik perhatian, dari jauh dah nampak dah betapa terangnya warna pink itu.. Tetapi, ada juga lelaki jambu yang tak suka pada warna pink ni.. Adakah?

Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang yang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin.. Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi..

      Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik.. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai 'gay'..

MAKSUD MASKULIN
     keMAS,KUaliti dan tuLIN..

      So, jangan peduli kata orang.. Buat apa yang kita suka selagi ianya tidak mendatangkan dosa..

Sunday, 22 April 2012

TuturTV.com.my

TutorTV.com.my adalah salah satu laman web untuk pelajar mengulangkaji secara online. Bagi pelajar yang bakal mengambil ujian peperiksaan PMR, SPM, dan STPM,bolehlah mengulangkaji secara online di TutorTV.
Ia dapat mengurangkan tekanan anda menghadapi peperiksaan penting ini sekaligus menjamin masa hadapan yang lebih cerah.
Dapatkan sokongan,berkongsi kisah serta pelbagai perkara menarik lagi menanti anda dalam komuniti yang dibina khas untuk calon-calon SPM tahun ini.
Sekadar saranan kepada pelajar-pelajar yang menduduki PMR dan SPM tahun ini. Mari sertai TuturTV di Facebook.
Mr.MD yakin ramai pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM malah pelajar sekolah rendah juga mempunyai akaun facebook sendiri. Jadi rasanya adalah lebih baik kita gunakan peluang melayari internet dengan lebih manfaat.

why did we fall in love?

why did we fall in love, if only to break up? maybe it's our fate. don't you think,we just simply wasting our time? loves doesn't mean anything if your not willing to make a commitment, i have to let it go, even if i close my eyes and deaf my ear, i still can see you and you still appear in my dream.

i never thought that our love will end up like this, i've done anything for you all this while, and i'd never wanted to make this happen, now i can't do anything cause i am lonely right now, where all your promises that you gave me all this time? that you want to be with me forever and ever, don't just because of your jealous we end up like this, or you have found a better person than me? -MD